Search

Mulakan Bisnes Hanya Dari Dalam Sebuah Bilik Sewa ...

  • Share this:

Mulakan Bisnes Hanya Dari Dalam Sebuah Bilik Sewa Kecil, Kini Miliki Kedai Dan Berjaya Capai RM9 Juta Dalam Masa 9 Bulan!

Saya mulakan bisnes ketika saya masih belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Saya mulakan bisnes kerana kehidupan keluarga pada ketika itu sangat susah. Keadaan rumah saya bocor, tetapi tidak mampu untuk dibaiki. Ibu saya juga berniaga Nasi Lemak dan Kuih Muih di tepi jalan.

Sebagai anak sulung, saya buat keputusan untuk cuba berniaga. Pada tahun 2017 saya mulakan pelbagai bisnes, sertai pelbagai dropship dengan harapan dapat mengubah nasib keluarga. Fokus saya ketika itu untuk ubah nasib keluarga. Tetapi bisnes yang saya bina ibarat hidup segan, mati tak mahu.

Pada tahun 2018 saya sangat ‘down’ apabila saya terpaksa berhenti belajar kerana tidak mampu lagi menampung untuk yuran pengajian. Saya sangat takut untuk maklumkan kepada ibu dan ayah yang saya dah berhenti belajar. Satu-satunya pilihan yang saya ada ketika itu adalah fokus bisnes yang akan dibangunkan.

Pada awal tahun 2019, saya menyertai Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) kemudian menyertai Mentorship SPIRE. Ketika itu baru saya sedar betapa mahalnya ilmu. Dengan ilmu saya mampu mengubah kehidupan saya dari tidak ada apa-apa sehingga mampu capai pencapaian saya hari ini. Bila ada ilmu untuk mengubah dan ada kuasa tindakan, Alhamdulillah sales saya berjaya mencecah RM900 ribu pada tahun itu.

Pada tahun yang sama juga saya terus menyertai Titanium Circle. Saya dah pilih jalan bisnes ini, jadi saya perlu buat lebih agresif. Saya perlu berkorban. Tahun 2020, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apa yang saya buat betul adalah komited masuk kelas, saya banyak belajar dari Titan Circle.

Apabila banyak ilmu cara berfikir juga berbeza. Nak bina bisnes perlu bina kefahaman. Bila dah faham barulah boleh bina team, bina dropship dan grow lebih cepat. Alhamdulillah sales pada tahun 2021 sehingga bulan September berjaya capai RM9 juta. Tahniah Puan Siti Aisyah!

Haa macam mana kisah Puan Siti Aisyah? Terinspirasi tak?

Haa adakah situasi anda sama seperti Puan Aisyah? Cuba kongsi di mana tempat PERTAMA anda simpan stok bisnes anda?

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis


Tags:

About author
not provided
Entrepreneur | Investor | Business Growth Mentor to 600+ SMEs = Total Annual Sales of RM2.0B++|
View all posts